Elemen Penyokong Audio_digital

Ada beberapa laman web yang menyediakan lagu yang boleh dimuat turun secara langsung (percuma) atau berbayar. Lagu yang ditawarkan berformat digital. Misalnya laman www.napster.com yang cukup diminati ketika itu namun berakhir kerana dianggap melanggar hak cipta.

Beberapa kandungan muzik penuh kualiti terbaik dengan format Digital Right Management (DRM) juga diwujudkan sebagai penyelesaian daripada cetak rompak yang marak. Sistem yang ditawarkan juga sangat berbeza-beza, mulai dari penstriman/muat turun dengan melanggan melalui pembelian ala carte.Pertumbuhan peranti mudah alih berperanan besar dalam perkembangan dunia muzik digital ini. Beberapa perkhidmatan tersebut sudah mempunyai aplikasi untuk digunakan di peranti mudah alih, seperti: MelOn for Android [1], MelOn for BlackBerry [2], LangitMusik BlackBerry [3], Arena Muzik Store for BlackBerry [4], dan sebagainya. Beberapa di antaranya sudah bekerjasama menggunakan Dolby Audio and Imaging Technologies untuk menghasilkan kualiti rakaman digital yang tinggi dengan mampatan sehingga 50%. [5]